RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

214 ZAKAT HARTA RIKAZ DAN BARANG TAMBANG Rikaz adalah harta karun, iaitu harta orang-orang terdahulu yang terkubur di dalam tanah. Setiap orang yang mendapatkan harta rikaz wajib mengeluarkan zakatnya. Adapun barang tambang adalah emas dan perak yang dikeluarkan dari perut bumi. Nisab harta rikaz tidak terbatas, yakni seberapa banyak barang yang ditemukan wajib dikeluarkan zakatnya ketika itu juga sebesar 1/5 (20%). Sedangkan zakat barang tambang adalah 1/40 (2,5%) tanpa harus menunggu haul. Jika rikaz ini ditemukan di dalam tanah yang dimiliki orang lain, perlu ditanyakan kepada semua orang yang telah memiliki tanah itu. ZAKAT FITRAH Zakat fitrah iaitu zakat peribadi yang harus dikeluarkan oleh setiap orang Islam untuk membersihkan diri dari perbuatan yang tidak berguna dan perbuatan yang tercela. Zakat fitrah wajib dibayarkan dengan 3 syarat, iaitu 1) Islam, bagi orang kafir asli tidak wajib membayar zakat, tetapi dia harus membayar zakat fitrah untuk hamba atau kerabatnya yang telah memeluk agama Islam. 2) Mempunyai persediaan makanan asasi lebih dari cukup untuk sehari semalam pada hari raya, baik untuk dirinya sendiri mahupun keluarganya.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=