RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

213 ZAKAT HARTA PERNIAGAAN Harta perniagaan adalah segala sesuatu yang diperuntukkan untuk dijual selain wang tunai, emas dan perak, meliputi alat-alat, barang-barang, pakaian, makanan, perhiasan, binatang, tumbuhan, tanah, rumah, dan barang-barang, baik tidak bergerak mahupun bergerak yang lain. Hendaklah para pedagang besar dan kecil menghitung hasil perniagaannya atau barang dagangannya pada setiap tahun untuk mengetahui jumlah barang perniagaan yang ada mahupun yang dipinjam orang lain (piutang) agar dapat dikeluarkan zakatnya. Jika harta perniagaan yang wajib dizakati jumlahnya mencapai 1 nisab, iaitu 20 misqal atau lebih, wajib dikeluarkan zakatnya sebagaimana zakat emas dan perak iaitu 1/40 (2,5%). Begitulah seterusnya setiap tahun wajib dihitung, kemudian dikeluarkan zakatnya. SYARAT WAJIB ZAKAT HARTA PERNIAGAAN 1) Islam 2) Merdeka 3) Milik yang sempurna 4) Telah sampai satu nisab 5) Haul (disimpan selama satu tahun)

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=