RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

206 ZAKAT Rukun Islam yang keempat adalah membayar zakat. Zakat menurut bahasa ertinya bersih dan suci, sedangkan menurut istilah adalah jumlah harta tertentu yang wajib dikeluarkan oleh orang yang beragama Islam dan diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya (fakir miskin dan sebagainya) menurut ketentuan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Hukum zakat adalah fardu ain atas setiap orang yang sudah mencukupi syarat-syaratnya. HARTA BENDA YANG WAJIB DIZAKATI 1) Binatang ternakan, seperti lembu, kambing, dan unta. 2) Benda yang berharga, iaitu emas dan perak. 3) Tanaman hasil pertanian berupa bijian makanan yang mengenyangkan atau makanan asasi, seperti gandum, jagung, dan beras. Sementara itu, tanaman lain seperti kacang tanah, kacang panjang, buncis dan sebagainya tidak wajib dizakati.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=