RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

205 ZIARAH KUBUR Berziarah kubur adalah berkunjung ke makam orang muslim yang telah meninggal, baik orang muslim biasa, orang soleh, ulama, wali mahupun para nabi. Adapun hukumziarah kubur adalah sunah bagi lelaki dan perempuan untuk mengingat kematian. Ketika berziarah ke makam, sebaiknya kita mengucapkan salam dan membaca 1 kali surah al-Fatihah dan 11 kali surah al-Ikhlas. Pahalanya dihadiahkan untuk mayat yang diziarahi. Kita juga boleh membaca surah Yasin dan surah at-Takathur. Meskipun duduk di atas kuburan untuk membaca doa diperbolehkan, hukum melewati kuburan tanpa membaca doa, tidur atau mengotorinya adalah makruh. Jika terpaksa menginjak kuburan, hendaklah kita membaca 1 kali surah al-Fatihah dan 11 kali surah Ikhlas, lalu pahalanya dihadiahkan kepada semua orang muslim yang ada di kuburan tersebut. Mencabut rumput atau menebang pokok di atas kuburan hukumnya makruh kerana rumput dan pokok yang tumbuh akan menjadi wasilah permohonan ampun atas dosa orang-orang muslim yang ada dalam kuburan itu. Hendaklah kita berhati-hati pula untuk tidak membawa rumput kering, kayu, atau apa pun dari makam dengan suatu keperluan atau hal yang lain.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=