RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
204 membangkitkan seluruh manusia dari dalam kubur. Sesungguhnya engkau telah redha Allah SWT sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul, al-Qur’an sebagai imam, Ka’bah sebagai kiblat, dan orang-orang mukmin sebagai saudara.” 3) Bangunan atau perumahan tidak boleh didirikan di atas kuburan dan kuburan tidak boleh diputihkan dengan gips atau batu kapur. 4) Selama tidak dalam keadaan darurat, dua mayat tidak boleh dikuburkan dalam satu tempat yang sama. 5) Diperbolehkan menangis sewajarnya kerana merasa berduka. Namun, menangis sambil menjerit-jerit, merobek pakaian, mencakar wajah, menjambak rambut, memukul diri sendiri, dan lain sebagainya adalah perbuatan dosa. TAKZIAH Takziah adalah kunjungan untuk menyatakan turut berduka citadanmenghibur orang yangmendapatmusibah serta menasihatinya dengan kesabaran. Hukum takziah adalah sunah muakkad. Takziah dapat dilakukan sebelum pemakaman, tetapi lebih baik setelah pemakaman selesai. Menurut jumhur ulama, waktu bertakziah adalah tiga hari, dan dimakruhkan melebihi dari tiga hari kerana tujuan takziah adalah untuk menenangkan hati orang yang tertimpa musibah. Ketika takziah, digalakkan untuk membaca doa berikut. َ ك ِ ت ِ ّ ي َ م ِ ل َ ر َ ف َ غ َ و َ ك َ اء َ ز َ ع َ ن َ س ْ ح َ أ َ و َ ك َ ر ْ ج َ أ ُ الله َ م َ ظ ْ ع َ أ
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=