RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

202 10) Memberi salam. Keterangan: 1) Jika mayatnya lelaki, posisi imam berdiri di bahagian kepala jenazah, tetapi jika mayatnya perempuan, imam berdiri dekat dengan pinggang jenazah. 2) Mayat yang mati syahid dan janin yang meninggal serta tidak terlihat tanda-tanda kehidupan tidak wajib untuk dimandikan atau dikafani, hanya wajib disolati dan dikuburkan saja. MENGUBURKAN JENAZAH Sekurang-kurangnya ukuran liang lahad jenazah adalah liang lahad yang dapat mencegah terciumnya bau mayat dan dibongkar oleh binatang buas. Adapun cara penguburan yang paling sempurna adalah seperti berikut. 1) Lubang kubur diperdalam kira-kira sedalam orang berdiri yang menjulurkan tangannya ke atas. Apabila tanahnya keras, lubang itu disunahkan berbentuk lahad, iaitu lubang yang bahagian tepi dasarnya dikorek ke arah kiblat dan setelah jenazah dibaringkan di sana, lubang tersebut ditutupi dengan papan yang ditegakkan, setelah itu ditimbun dengan tanah. Apabila tanahnya mudah runtuh, lebih baik jenazah dikuburkan di tengah-tengah lubang. Jenazah dikeluarkan dari keranda mayat secara perlahan-lahan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=