RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

19 IMAN KEPADA ALLAH SWT Beriman kepada Allah SWT merupakan rukun iman yang pertama. Allah SWT ada dengan zat-Nya sendiri dan ketidakadaan itu mustahil bagi Allah SWT. Allah SWT memiliki segala sifat kesempurnaan, yakni semua kesempurnaan dan keindahan berkumpul pada zatNya dan Dia terbebas dari segala sifat kekurangan. Setiap orang muslim wajib mengetahui sifat-sifat Allah SWT baik yang wajib, jaiz mahupun yang mustahil secara ijmali dan tafsili . Berfikir (berimajinasi) tentang zat Allah SWT telah dilarang oleh Nabi Muhammad SAW. Kita hanya dibenarkan untuk berfikir tentang sifat-sifatNya. SIFAT-SIFAT ALLAH SWT Sifat-sifat Allah SWT terdiri atas 3 sifat, iaitu 1) Sifat Wajib 2) Sifat Mustahil 3) Sifat Jaiz Sifat-sifat Allah SWT yang wajib kita ketahui berjumlah 20 sifat.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=