RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

197 jenazahnya perempuan, orang yang memandikannya haruslah perempuan, kecuali suaminya. Apabila mayat sukar dimandikan kerana tidak ada air atau hal lain-lain, misalnya jenazah terbakar sehingga jika dimandikan akan menjadi hancur, wajib dilakukan tayamum kepadanya. MENGKAFANI JENAZAH Sekurang-kurangnya kain kafan untuk jenazah adalah selembar kain yang dapat menutupi seluruh badan mayat, baik lelaki mahupun perempuan. Disunahkan kain yang digunakan untuk mengkafani jenazah berwarna putih. Adapun kain kafan yang paling sempurna bagi lelaki adalah terdiri dari 3 lapis, iaitu 1) Qamis, kemeja longgar tanpa lengan yang menutupi badan mulai dari leher sampai kaki. 2) Idhar, menutupi badan dari kepala sampai kaki. 3) Lifafah, seluruh badan dibungkus dan kain diikat pada bagian atas dan bawah. Sementara itu, untuk perempuan ada 2 kain tambahan, iaitu 1) Kain pembungkus kepala untuk menutup kepala dan muka. 2) Kain untuk membungkus seluruh badan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=