RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
195 JENAZAH Apabila seorangmuslimmeninggal dunia, kita diwajibkan untuk melakukan empat hal, iaitu memandikannya, mengkafaninya, mensolatkannya, dan menguburkannya. Semua ini, hukumnya adalah fardu kifayah. Hal-Hal yang Harus Dilakukan terhadap Orang yang Sakit Tenat atau Menjelang Sakaratul Maut: 1) Menghadapkannya ke kiblat. 2) Mengajarkannya membaca kalimat tauhid. 3) Dibacakan surah Yasin di sampingnya. Jenazah yang Tidak Perlu untuk Dimandikan dan Disolatkan: 1) Orang yang mati syahid atau terbunuh di medan perang kerana membela agama Islam. 2) Seorang bayi yang baru lahir tanpa memperlihatkan tanda-tanda kehidupan, seperti menangis dan berteriak. Hal-Hal yang Harus Dilakukan terhadap Orang yang Meninggal Dunia: 1) Memejamkan matanya, menyebut kebaikannya, mendoakan serta memohonkan ampunan kepada Allah SWT atas segala dosanya. 2) Menutup seluruh badannya dengan kain sebagai penghormatan agar tidak terlihat auratnya. 3) Hendaklah segera melunasi hutang-hutangnya jika ada, baik dari harta yang ditinggalkannya mahupun dari sumbangan keluarganya.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=