RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

192 SOLAT ISTISKA Solat Istiska adalah solat sunah dua rakaat yang dikerjakan untuk meminta hujan. Hukum solat ini adalah sunah muakkad dan dilaksanakan apabila terjadi kemarau yang panjang atau kerana diperlukan hujan untuk keperluan tertentu. Tiga hari sebelum solat Istiska, imam hendaklah mengajak masyarakat setempat untuk bertaubat dari dosa-dosa, bersedekah, menjauhi kezaliman, berdamai dengan para musuh, dan berpuasa selama tiga hari. Pada hari keempat imam mengajak masyarakat, baik anak- anak, orang tua, fakir miskin, sambil membawa haiwan- haiwan ternakannya ke tanah lapang dengan mengenakan pakaian sederhana, tidak berhias, dan tidak menggunakan wangi-wangian. Lalu menuju ke tanah lapang dengan penuh kerendahan hati dan kekhusyukan. Imam memimpin solat Istiska dua rakaat secara berjemaah, seperti solat Raya. Setelah selesai solat, imam berkhutbah seperti khutbah dua Hari Raya. Di dalam khutbah, imam beristighfar kepada Allah SWT sebagai pengganti takbir. Pada khutbah pertama, imam memulai dengan membaca 9 kali istighfar dan pada khutbah kedua membaca 7 kali istighfar. Imam dan jemaah mengubah posisi selendang yang dikenakannya. Disunahkan memperbanyakkan membaca istighfar dan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW seperti berikut. ٍ ق َْ م َ َ ، و ٍ اب َ ذ َ ع َ يا ْ ق ُ ا س َ ه ْ ل َ ع ْ َ ت َ َ ، و ٍ ة َ ْ ح َ ا ر َ ي ْ ق ُ ا س َ ه ْ ل َ ع ْ اج َّ م ُ ه َّ الل ، ِ ام َ لآك ْ ا َ و ِ اب َ ر ِّ ى الظ َ ل َ ع َّ م ُ ه َّ لل َ ، ا ٍ ق َ ر َ غ َ َ و ٍ م ْ د َ ه َ َ ، و ٍ ء َ لا َ ب َ َ و

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=