RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

191 Cara pelaksanaan solat gerhana: 1) Berniat untuk melaksanakan solat gerhana. Adapun niat solat gerhana bulan seperti berikut. َ ال َ ع َ ِِ تـ ل ا ً وم ُ أم َ /م ً ام َ م ِ إ ِ ْ ي َ تـ َ ع ْ ك َ ر ِ وف ُ س ُ ال َ ة َّ ن ُ ي س ِ ّ ل َ ص ُ أ Ertinya: “Aku berniat solat sunah gerhana bulan dua rakaat (sebagai makmum/imam) kerana Allah SWT.” Niat solat gerhana matahari seperti berikut. َ ال َ ع َ ِِ تـ ل ا ً وم ُ أم َ /م ً ام َ م ِ إ ِ ْ ي َ تـ َ ع ْ ك َ ر ِ وف ُ س ُ الك َ ة َّ ن ُ ي س ِ ّ ل َ ص ُ أ Ertinya: “Aku berniat solat sunah gerhana matahari dua rakaat (sebagai makmum/imam) kerana Allah SWT.” 2) Membaca doa Iftitah, kemudian dilanjutkan dengan membaca surah al-Fatihah dan salah satu surah atau beberapa ayat dari al-Qur’an. 3) Rukuk dengan tuma’ninah. 4) Kembali berdiri dan membaca al-Fatihah dan salah satu surah atau ayat dari al-Qur’an. 5) Kemudian, rukuk kembali. 6) Iktidal seperti solat pada umumnya. 7) Kemudian sujud dua kali seperti solat yang lain. 8) Cara mengerjakan rakaat kedua sama dengan rakaat pertama. 9) Setelah selesai solat, imam berkhutbah sebagaimana khutbah pada solat Jumaat.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=