RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
187 Ertinya: “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah pada-Mu dengan ilmu-Mu, aku memohon kepada-Mu kekuatan dengan kekuatan-Mu, aku meminta kepadaMu dengan kemuliaan-Mu. Sesungguhnya Engkau yang mentakdirkan dan aku tidaklah mampu melakukannya. Engkau Yang Maha Mengetahui, sedangkan aku tidak. Engkaulah yang mengetahui perkara yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini (sebutkan urusan tersebut) baik bagiku dalam urusanku di dunia dan di akhirat, (atau baik bagi agama, kehidupan, dan akhir urusanku), takdirkanlah hal tersebut untukku, mudahkanlah untukku dan berkatilah ia untukku. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara tersebut buruk bagi agama, penghidupan, dan akhir urusanku (baik bagiku dalam urusanku di dunia dan akhirat), palingkanlah ia dariku, takdirkanlah yang terbaik bagiku di mana pun itu sehingga aku pun redha dengannya.” SOLAT IHRAM Solat Ihram adalah solat sunah dua rakaat yang dikerjakan sebelum melakukan ihram dan di luar waktu yang dimakruhkan. SOLAT TASBIH Solat Tasbih adalah solat sunah yang dikerjakan untuk mengagungkan Allah SWT akan kesucian-Nya. Solat tasbih adalah istighfar yang paling besar dan dilakukan dengan seluruh tubuh. Solat ini pernah diajarkan Nabi
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=