RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

184 Di dalam solat Awwabin terdapat 100 kebaikan. Allah SWT akan memberikan 75 kebaikannya di akhirat dan 25 kebaikannya di dunia. Oleh kerana itu, orang membiasakan mengerjakan solat ini tidak akan mendapatkan kesulitan di Padang Mahsyar. SOLAT DUHA Solat Duha adalah solat sunah yang dikerjakan pada waktu duha, yakni ketika matahari naik kira-kira setinggi satu tombak sampai menjelang waktu Zohor (sekitar pukul 8.00 pagi sampai 11.00 siang). Solat ini dikerjakan sebanyak 6 rakaat dengan memberi salam pada setiap dua rakaat. Adapun, bilangan yang paling sedikit adalah 2 rakaat dan paling banyak 12 rakaat. Di dalamsolatDuha terdapat 100kebaikan. AllahSWTakan memberikan 75 kebaikannya di dunia dan 25 kebaikannya di akhirat. Oleh kerana itu, orang membiasakan mengerjakan solat ini tidak akan mendapatkan kesulitan dunia. SOLAT TAHAJUD Solat Tahajud adalah solat sunah yang dikerjakan pada malam hari setelah tidur terlebih dahulu kerana erti tahajud adalah bangun pada malam hari. Adapun waktu solat Tahajud adalah sepertiga malam terakhir, iaitu kira-kita mulai pukul 02.00 pagi sampai menjelang masuk waktu solat Subuh. Solat Tahajud dikerjakan paling sedikit 2 rakaat dan paling banyak tidak ada batasnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=