RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

181 SOLAT QADHA Setiap orang muslim yang mukalaf harus melaksanakan solat fardu lima waktu dan kewajipan-kewajipan yang lain. Oleh kerana itu, seorang muslim tidak boleh meninggalkan satu solat fardu pun. Jika seseorang meninggalkan solat fardu kerana sesuatu uzur (sebab), iaitu kerana lupa atau ketiduran, wajib atasnya Qadha solat bila-bila sahaja, tetapi disunahkan untuk segera melaksanakan solat Qadha tersebut dan mendahulukannya atas solat-solat sunah. Adapun jika seseorang meninggalkan solat tanpa uzur (dengan sengaja), wajib atasnya segera melaksanakan solat Qadha dan tidak boleh baginya untuk mengerjakan solat sunah hingga selesai membayar qadhanya tersebut. Dia harus menggunakan seluruh waktu lapangnya untuk mengqadha solatnya, kecuali untuk keperluan seharian, seperti makan, bekerja, dan sebagainya. Jika seseorang tertinggal untuk mengerjakan solat Jumaat, dia wajib menggantinya dengan solat Zohor. Jika tidak mengerjakan solat Zohor juga, orang tersebut harus mengqadha solat Zohor itu. Orang yang meninggalkan banyak solat fardu harus menghitung solat yang ditinggalkannya. Solat dilaksanakan mulai dari waktu solat yang paling akhir sampai kepada hutang solat yang sebelumnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=