RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

179 4) Mengetahui tempat yang akan dituju. 5) Niat mengqasar solat ketika takbiratul ihram. 6) Menjaga diri dari hal-hal yang membatalkan niat qasar selama solat seperti ragu dalam niat solat. 7) Tidak bermakmum kepada imam yang melaksanakan solat dengan 4 rakaat. 8) Waktu solat masih dalam perjalanan. 9) Keluar dari perbatasan daerahnya. 10) Solat yang diqasar adalah solat fardu 4 rakaat dan bukan solat Qadha. SOLAT JAMAK Solat Jamak adalah solat yang dikumpulkan, iaitu dua solat fardu yang dikerjakan dalam satu waktu kerana ada sebab-sebab tertentu. Solat yang boleh dikerjakan dengan cara menjamak adalah solat Zohor dengan Asar dan solat Maghrib dengan Isyak. Sementara itu, solat Subuh tidak boleh dijamak dengan solat yang lain. Cara melakukan solat Jamak ada dua, iaitu jamak takdim dan jamak takhir. 1) Solat Jamak Takdim adalah solat yang dikerjakan dengan menggabungkan dua solat fardu dan dikerjakan pada waktu solat yang pertama. Misalnya, solat Zohor dan Asar dikerjakan pada waktu Zohor atau solat Maghrib dan Isyak dikerjakan pada waktu Maghrib. 2) Solat Jamak Takhir adalah solat yang dikerjakan dengan menggabungkan dua solat fardu dan dikerjakan

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=