RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
178 SOLAT JAMAK DAN QASAR Orang yang sedang melakukan perjalanan atau bepergian jauh diberikan rukhsah (keringanan) oleh Allah SWT dalam melakukan solat fardu. Keringanan tersebut berupa solat yang dilakukan dengan cara solat Qasar, Jamak, atau penggabungan di antara keduanya. Orang yang bepergian jauh juga diperbolehkan untuk tidak berpuasa pada bulan Ramadan, tetapi setelah bulan Ramadan, wajib mengqadanya. Selain itu, masa mengusap khuf bagi yang bepergian jauh adalah tiga hari tiga malam. SOLAT QASAR Solat Qasar adalah solat yang dilaksanakan dengan memendekkan jumlah rakaat, iaitu meringkas solat yang jumlahnya 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dikerjakan dengan cara diqasar adalah solat Zohor, Asar, dan Isyak. Sementara itu, solat Subuh dan Maghrib tidak boleh diqasar. SYARAT SOLAT QASAR 1) Jarak perjalanan yang ditempuh sekurang-kurangnya 16 farsakh (80.64 km). 2) Orang yang sedang dalam perjalanan harus meng- etahui bahawa solat Qasar hukumnya adalah jaiz. 3) Perjalanannya bukan untuk maksiat, seperti merompak, mencuri, membunuh, dll.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=