RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
174 SOLAT HARI RAYA Solat Hari Raya terbahagi menjadi dua, iaitu Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal dan Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah. Waktu solat hari raya dimulai dari terbit hingga tergelincirnya matahari. Kedua-dua solat hari raya tersebut berjumlah dua rakaat dan hukumya sunah muakkad bagi lelaki dan perempuan, baik mukim mahupun musafir. Disunahkan mengumandangkan takbir dimulai dari terbenamnya matahari pada malam Hari Raya Aidil Fitri hingga dimulakan solat Raya. Lelaki, perempuan, orang dewasa, kanakkanak, mukim, dan musafir hendaklah mengumandangkan takbir di jalan atau di masjid. Lelaki mengeraskan suaranya dalam mengumandangkan takbir, sedangkan perempuan tidak boleh mengeraskan suara dalam bertakbir di hadapan lelaki yang bukan mahram. Sementara itu, pada Hari Raya Aidil Adha disunahkan mengumandangkan takbir dimulai dari hari Arafah setelah solat Subuh sampai hari Tasyrik terakhir (13 Zulhijjah) setelah solat Asar. Takbir boleh dikumandangkan setelah solat fardu atau pun sunah. Adapun lafaz takbir adalah seperti berikut: َ و ُ ر َ بـ ْ ك َ ا ُ لله َ ا ُ ر َ بـ ْ ك َ ا ُ الله َ و ُ الله َّ لا ِ ا َ له ِ ا َ ، لآ ُ ر َ بـ ْ ك َ ا ُ لله َ ، ا ُ ر َ بـ ْ ك َ ا ُ لله َ ، ا ُ ر َ بـ ْ ك َ ا ُ لله َ ا ُ د ْ م َ ْ ا ِ لله .ً لا ْ ي ِ ص َ ا َ و ً ة َ ر ْ ك ُ ب ِ الله َ ان َ ح ْ ب ُ س َ ا، و ً ر ْ يـ ِ ث َ ك ِ لله ُ د ْ م َ ْ ا َ ا، و ً ر ْ يـ ِ ب َ ك ُ ر َ بـ ْ ك َ ا ُ لله َ ا
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=