RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

173 4)  Khatib menghadap ke arah jemaah sambil mengucapkan salam kepada mereka, lalu duduk, dan azan dikumandangkan. 5) Khutbah diucapkan dengan kalimah yang fasih, jelas, dan tidak terlalu panjang. 6)  Khatib hendaklah tidak berputar-putar ketika berkhutbah. 7) Khatib hendaklah memegang tongkat atau pedang dengan tangan kiri, sedangkan tangan kanannya meme- gang hujung mimbar. 8) Khatib membaca surah al-Ikhlas pada waktu duduk di antara dua khutbah. SUNAH HARI JUMAAT 1) Mandi wajib meskipun tidak junub 2) Membersihkan badan dan pakain dari bau yang tidak sedap dan noda kotor 3) Memakai pakaian putih 4) Memotong kuku, mencukur misai, menyisir atau merapikan rambut, dan Memakai wangi-wangian 5) Berhias dengan pakaian yang baik 6) Menyegerakan datang ke masjid dengan berjalan kaki 7) Memperbanyakkan zikir dan selawat kepada Nabi Muhammad SAWpada hari Jumaat dan pada malam Jumat 8)  Membaca al-Quran. Digalakkan membaca surah al-Kahfi. 9) Setelahmasukmasjid, didahului denganmelaksanakan solat Tahiyatul Masjid.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=