RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

172 8) Duduk sebentar di antara dua khutbah seukuran membaca surah alIkhlas. 9) Khatib harus lelaki. 10) Khutbah dan solat Jumaat dilaksanakan di tempat yang sama. RUKUN KHUTBAH JUMAAT 1) Memuji Allah SWT dengan lafaz “Alhamdulillah” atau selain itu yang mengandung erti pujian kepada Allah SWT pada kedua-dua khutbah. 2) Membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW pada kedua-dua khutbah. 3) Berwasiat dengan takwa kepada Allah SWT pada kedua-dua khutbah. 4) Membaca paling sedikit satu ayat al-Qur’an pada salah satu khutbah. 5) Berdoa untuk kaum muslimin dan muslimat pada khutbah yang kedua. SUNAH KHUTBAH 1)  Mentertibkan tiga rukun, iaitu memulai dengan membaca “Alhamdulillah”, membaca selawat atas Nabi Muhammad SAW, dan berwasiat untuk bertakwa kepada Allah SWT 2)  Para jemaah hendaklah diam dan mendengar- kan khutbah. 3) Khutbah dilakukan di atas mimbar atau di tempat yang agak tinggi.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=