RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
171 4) Hendaklah tidak didahului atau diiringi dengan takbiratul ihram Jumaat lain di daerah yang sama tanpa ada uzur. 5) Solat Jumaat harus didahului dengan dua khutbah Apabila waktu zohor telah habis atau syaratsyarat tersebut tidak terpenuhi, hendaklah dilaksanakan solat zohor saja. RUKUN SOLAT JUMAAT 1) Khutbah pertama 2) Khutbah kedua Khatib berdiri ketika khutbah dan duduk di antara kedua khutbah. 3) Dilaksanakan solat dua rakaat secara berjemaah SYARAT KHUTBAH JUMAAT 1) Dilaksanakan pada waktu Zohor. 2) Rukun-rukun khutbah harus berbahasa Arab. 3) Hendaklah tidak diselangi di antara rukun-rukun khutbah kecuali dengan ceramah, begitu pula di antara khutbah pertama dan kedua, serta kedua khutbah dengan solat Jumaat. 4) Khatib harus berdiri jika mampu. 5) Khatib hendaklah suci dari hadas dan najis. 6) Khatib hendaklah menutup aurat. 7) Khatib harus mengeraskan suaranya dan minimum empat puluh orang harus mendengarkan khutbah tersebut.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=