RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

170 SOLAT JUMAAT Hari Jumaat adalah hari mulia bagi Nabi Muhammad SAW dan umatnya. Hari Jumaat adalah raja segala hari (sayyidul ayyam) sebagaimana raja seluruh bulan (sayyidussyuhur) adalah bulan Ramadan. Solat Jumaat adalah solat yang dikerjakan dalam waktu Zohor pada hari Jumaat sebanyak dua rakaat secara berjamaah dan dilaksanakan setelah dua khutbah. SYARAT WAJIB SOLAT JUMAAT Hukum solat Jumaat adalah fardu ain bagi orang-orang yang memenuhi syarat di bawah ini. 1) Islam 2) Baligh 3) Berakal 4)  Merdeka, misalnya tidak wajib bagi orang yang dipenjara 5) Lelaki 6) Sihat, tidak wajib bagi orang sakit atau memiliki uzur 7)  Mukim SYARAT SAH SOLAT JUMAAT 1) Dilaksanakan di kota atau desa. 2) Jumlah jemaah yang hadir minimum 40 orang lelaki yang mukallaf. 3) Dikerjakan pada waktu solat Zohor.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=