RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

169 hendaklah berdiri di samping kanan orang yang berada lurus di belakang imam, dan apabila ada yang datang lagi, hendaklah ia berdiri di samping kiri orang yang lurus di belakang imam, demikian seterusnya sehingga barisan terjaga keseimbangannya antara kanan dan kiri. Makruh hukumnya membuat barisan baru selama masih terdapat ruang kosong pada barisan sebelumnya. MAKMUM YANG TERLAMBAT DATANG (MASBUK) 1) Jika seorang makmum mendapati imamnya sedang rukuk, lalu ia mengikutinya, sempurnalah rakaat itu baginya meskipun tidak sempat membaca surah al-Fatihah. 2)  Jika makmum mengikuti imam setelah rukuk, ia harus menyempurnakan solatnya setelah salam dengan menambah rakaat yang kurang kerana rakaat tersebut tidak sempurna dan tidak termasuk hitungan baginya. 3)  Jika makmum mengikuti imam pada tasyahud akhir sebelum salam, tasyahud yang dikerjakannya tidak termasuk bilangan rakaat baginya dan ia harus menyempurnakan solatnya seperti biasa setelah imam memberi salam. Akan tetapi, orang tersebut telah mendapatkan keutamaan solat berjemaah.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=