RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

167 pun harus melaksanakan solat jenazah, bukan solat yang lain. 5) Imam dan makmum harus berada dalam satu masjid atau satu tempat dengan jarak maksimum 150 m selama tidak ada penghalang di antara mereka, seperti pintu yang tertutup. 6)  Di antara imam dan makmum tidak boleh ada perbezaan dalam mengerjakan sunah solat seperti sujud tilawah dan sujud sahwi. 7) Tempat berdiri makmum tidak boleh lebih depan daripada tempat imam. 8) Solat imam harus sah menurut keyakinan makmum, tetapi para ulama syafi’I berbeza pendapat mengenai hal ini. 9)  Tidak bermakmum kepada orang yang harus mengulangi solatnya, seperti orang yang bertayamum kerana sejuk atau tidak dapat menemukan air di tempat yang kemungkinan besar terdapat air. 10) Lelaki tidak boleh bermakmum kepada perempuan atau banci, begitu juga banci tidak boleh bermakmum kepada perempuan atau banci yang lain. 11)  Seorang qari (bagus bacaannya) tidak boleh bermakmum kepada seorang yang ummi .

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=