RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

166 dua solat Hari Raya, solat Terawih dan Witir pada bulan Ramadan, solat Istiska, solat gerhana matahari, solat gerhana bulan, dan solat Jenazah. Adapun pahalanya lebih besar dibandingkan dengan solat sendirian sebanyak 27 darjat. Cara mengerjakannya adalah imam berdiri di depan dan makmum di belakang. Solat berjemaah merupakan sebuah keistimewaan yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Di samping itu, manusia yang pertama kali melaksanakan solat berjemaah adalah Rasulullah SAW. Bagi lelaki, solat lima waktu dengan berjemaah di masjid lebih baik daripada solat berjemaah di rumah, kecuali solat sunah. Sementara itu, bagi wanita, solat di rumah lebih baik kerana hal itu lebih aman untuk mereka. SYARAT SOLAT BERJEMAAH 1) Makmum wajib berniat mengikuti imam, sedangkan imam tidak wajib berniat menjadi imam. 2)  Makmum tidak boleh serentak atau mendahului imam dalam takbiratul ihram, dan tidak pula mendahului atau tertinggal dari imam sehingga melebihi dua rukun fi’li, kecuali ada uzur. 3)  Makmum mengetahui gerakan imam dengan melihatnya secara langsung atau melihat gerakan makmum lain atau dengan mendengar suara imam atau suara mubalighnya. 4) Jenis solat imam harus sama dengan solat makmum, seperti jika imam melaksanakan solat jenazah, makmum

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=