RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
142 DUDUK TASYAHUD AKHIR Setelah sujud terakhir dari solat yang berjumlah empat rakaat atau pun dua rakaat, kita melakukan duduk tawaruk, iaitu duduk di atas lantai dengan kaki kiri melintang di bawah kaki kanan dan telapak kaki kanan ditegakkan sambil menghadap ke kiblat. Jarijari tangan kiri diletakkan di atas paha dekat lutut dan mengarah ke kiblat, sedangkan jari-jari tangan kanan (selain jari telunjuk) dikepalkan seperti halnya pada duduk tasyahud awal. Jari telunjuk tangan kanan diangkat ketika mengucapkan lafaz “ اِلَل ” tanpa digerakgerakkan sampai mengucapkan salam. Setelah doa tasyahud, kita membaca selawat (Allahumma solli dan Allahumma barik) dan doa setelah tasyahud akhir. Perempuan juga melakukan hal yang sama seperti lelaki.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=