RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

140 DUDUK TASYAHUD AWAL Apabila solat yang dikerjakan berjumlah tiga atau empat rakaat, kita melakukan tasyahud awal setelah sujud pada rakaat kedua dengan cara duduk iftirasy iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri dan telapak kaki kanan ditegakkan, hujung jari kaki kanan ditekuk dan dihadapkan ke kiblat serta kedua tangan diletakkan di atas lutut dengan hujung jari sejajar hujung lutut, lalu jari-jari tangan kanan dikepalkan, kecuali jari telunjuk. Di sini kita membaca doa tasyahud awal dan padawaktumembaca syahadat, kitamengangkat jari telunjuk bersamaan dengan huruf “I” dari lafaz “ اِلَل ” tanpa digerakgerakkan sampai selesai tasyahud awal. Ketika jari telunjuk diangkat, hujung ibu jari berada di bawah jari telunjuk dan jari tangan yang lain dalam keadaan dikepal sambil melihat ke arah jari telunjuk. Setelah tasyahud awal, kita kembali berdiri sambil membaca takbir dan mengangkat kedua tangan menuju ke rakaat ketiga. Pada rakaat ketiga dan keempat, kita hanya membaca surah al-Fatihah beserta basmalahnya sahaja. Kemudian, setelah melaksanakan dua rakaat terakhir, kita duduk untuk tasyahud akhir. Dalam hal ini, perempuan juga sama seperti lelaki.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=