RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
13 AGAMA ISLAM AGAMA Agama adalah hukum-hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT melalui para nabi-Nya yang mulia, untuk membawa umat manusia kepada kebahagiaan dan keselamatan, baik di dunia yang hanya sementara ini mahupun kelak di akhirat yang kekal abadi dengan pilihan manusia itu sendiri. Allah SWT telah menurunkan agama ini bagi umat manusia, melalui para nabi yang diawali oleh Nabi Adam AS sebagai manusia pertama di muka bumi ini yang juga merupakan seorang nabi, hingga kepada rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW. Allah SWT telah menyempurnakan agama kita melalui perantara Rasulullah SAW bagi seluruh umat manusia dan kaum jin. Agama ini disebut dengan agama Islam. Adapun bagi mereka yang telah meyakini agama Islam disebut sebagai orang muslim. SYARIAT Sebagaimana syariat mengandungi erti agama, syariat juga merupakan hukum-hukum agama yang berhubungan dengan ibadah dan muamalah (perbuatan). Jadi, syariat adalah agama dan agama adalah syariat.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=