RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
138 IFTIRASY Duduk yang dilakukan dalam solat adalah duduk iftirasy (selain duduk pada tasyahud akhir), iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri dan telapak kaki kanan ditegakkan, hujung jari kaki kanan ditekuk dan di hadapkan ke kiblat. Kedua tangan diletakkan di atas sedikit dari lutut dengan hujung jari selari hujung lutut. Ketika duduk di antara dua sujud, kita membaca doa seperti berikut. ، ْ ِ ن ْ ق ُ ز ْ ار َ ، و ْ ِ ن ْ ع َ فـ ْ ار َ ، و ْ ِ ن ْ ر ُ بـ ْ اج َ ، و ْ ِ ن َْ ح ْ ار َ ، و ْ ِ ل ْ ر ِ ف ْ اغ ِ ّ ب َ ر ِّ ن َ ع ُ ف ْ اع َ ، و ْ ِ ن ِ ا ف َ ع َ ، و ْ ِ ن ِ د ْ اه َ و Perempuan juga melakukan hal yang sama seperti lelaki. Setelah itu, kita melakukan sujud kedua sambil membaca takbir. Pada sujud kedua, kita juga membaca tasbih paling sedikit tiga kali seperti pada sujud pertama, kemudian sambil membaca takbir, kita duduk sejenak seukuran tuma’ninah —duduk ini dinamakan duduk istirahat (Julus al-istirahah)— lalu berdiri menuju rakaat kedua. Ketika rukuk, iktidal, sujud, dan duduk di antara dua sujud, kita harus memperhatikan tuma’ninah, yakni harus berdiam sejenak hingga seluruh anggota badan menetap. Pada rakaat kedua, kita berdiri dan meletakkan tangan seperti pada rakaat pertama. Akan tetapi, kita hanya membaca surah al-Fatihah beserta basmalahnya dan surah atau paling sedikit satu ayat. Setelah itu, kita melakukan sujud dan rukuk seperti pada rakaat pertama.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=