RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

134 RUKU Dalam rukuk, kita membongkokkan badan hingga posisi badan, tengkok dan kepala selari atau rata serta kedua tangan memegang lutut sambil merenggangkan jari-jarinya dan menegakkan kedua kaki lalu kita membaca 3 kali tasbih seperti berikut "ِ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظيمِ وَبِحَمْدِه " Ketika melakukan rukuk, hendaklah kita melihat jari- jari kaki kita. Selain itu, kita harus melakukan tuma’ninah, iaitu berdiam sampai seluruh anggota badan menetap. Terdapat perbezaan antara rukuk lelaki dan perempuan. Ketika melakukan rukuk, lelaki hendaklah merenggangkan siku dari rusuk, sedangkan perempuan merapatkannya. IKTIDAL Setelah rukuk, kita bangkit sambil mengangkat kedua tangan dan mengucapkan, “Sami’allahu liman hamidah”. Setelah tegak berdiri, kita melepaskan tangan kita dan berdiam sampai seluruh anggota badan kembali pada tempatnya, lalu membaca doa َ ت ْ ئ ِ ا ش َ م َ ء ْ ل ِ م َ ، و ِ ض ْ ر َْ ا َ ء ْ ل ِ م َ و ِ ات َ و َ م ّ الس َ ء ْ ل ِ م ُ د ْ م َ ْ ا َ ك َ ا ل َ ن ّ بـ َ ر ُ د ْ ع َ بـ ٍ ئ ْ ي َ ش ْ ن ِ م Ketika iktidal, kita tidak dianjurkan untuk berdiri terlalu lama. Setelah iktidal, kita membaca takbir tanpa mengangkat tangan lalu melakukan sujud. Ketika berpindah dari satu rukun ke rukun yang lain, hendaklah kita memanjangkan sedikit bacaan-bacaan takbir.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=