RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
132 BERDIRI TEGAK (QIYAM) Orang yang akan mengerjakan solat harus berdiri tegak dan menghadap kiblat. Apabila tidak mampu berdiri kerana sakit, solat boleh dikerjakan semampunya, baik sambil duduk, miring, berbaring, berisyarah dengan mata atau kepala, atau pun dengan menjalankannya dalam hati. POSISI TANGAN DALAM SOLAT Setelah takbiratul ihram, kita meletakkan telapak tangan kanan di atas pergelangan tangan kiri dengan menutupi sebahagian lengan serta kedua tangan diletakkan di antara dada dan pusat agak sedikit ke sisi kiri (dekat dengan hati) dan menundukkan kepala sedikit sambil memandang ke arah tempat sujud. Jari-jari kaki dihadapkan ke arah kiblat dan jarak antara satu kaki dengan kaki yang lain sekitar satu jengkal tangan. Setelah meletakkan tangan, kita membaca doa iftitah, ta’awwuz, dan surah al-Fatihah lalu membaca Amin. Setelah itu, kita membaca surah atau paling sedikit satu ayat, kemudian melakukan rukuk sambil membaca takbir dengan mengangkat kedua tangan seperti pada takbiratul ihram. Perempuan jugamelakukan hal yang sama seperti lelaki.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=