RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

128 CARA MELAKSANAKAN SOLAT PERSIAPAN SOLAT Ketika akan mengerjakan solat, pertama sekali kita harus memperhatikan pakaian dan tempat solat agar tidak ada najis atau sesuatu apa pun yang dapat menghalangi sahnya solat. kita mengambil wudhu, menghadap kiblat, dan semampu mungkin berusaha untuk membersihkan hati dan jiwa kita dari segala fikiran yang bersifat duniawi. Kita harus berfikir bahawa kita sedang berada di hadapan Allah SWT ketika solat. Kemudian kita berniat dalam hati sesuai dengan solat yang akan dikerjakan. Apabila solatnya merupakan solat fardhu, seperti solat Subuh, kita membaca niat sambil menentukan solat yang akan dikerjakan dan rakaatnya dalam hati. Adapun contoh niat untuk solat fardhu adalah seperti berikut. NIAT SOLAT SUBUH )ً ما ْ و ُ م ْ أ َ (م ً اء َ د َ ا ِ ة َ ل ْ بـ ِ ق ْ ال َ ل ِ ب ْ ق َ تـ ْ س ُ م ِ ْ ي َ تـ َ ع ْ ك َ ر ِ ح ْ ب ُّ الص َ ض ْ ر َ ى فـ ّ ل َ ص ُ ا َ ال َ ع َ ِِ تـ ل Ertinya: “Aku berniat solat fardhu Subuh dua rakaat menghadap kiblat (sebagai makmum) kerana Allah SWT.” Apabila solatnya merupakan solat sunah rawatib, seperti dua rakaat sunah qabliah subuh, kita berniat dalam hati dengan lafaz berikut.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=