RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

124 SUJUD TILAWAH Menurut bahasa, tilawah bererti bacaan, sedangkan menurut istilah, sujud tilawah ertinya sujud yang dilakukan ketika membaca atau mendengar ayat sajdah di dalam atau di luar solat. Hukum sujud tilawah adalah sunah muakkad bagi orang yang membaca atau mendengarkan ayat sajdah. Di dalam al-Quran, ayat sajdah diberi tanda dengan tulisan atau garis yang menunjukkan bahawa ayat tersebut merupakan ayat sajdah. Ayat sajdah di dalam al-Quran berjumlah 14 ayat, iaitu seperti berikut. 1) Surah al-A’raf ayat 206 2) Surah ar-Ra’d ayat 15 3) Surah an-Nahl ayat 49 4) Surah al-Isra’ ayat 107 5) Surah Maryam ayat 58 6) Surah al-Hajj ayat 18 7) Surah al-Hajj ayat 77 8) Surah al-Furqan ayat 60 9) Surah an-Naml ayat 25 10) Surah as-Sajdah ayat 15 11) Surah Fussilat ayat 37 12) Surah an-Najm ayat 62 13) Surah al-Insyiqaq ayat 21 14) Surah al-Alaq ayat 19. Dalam sebahagian mushaf, tidak terdapat tanda ayat sajdah untuk surah Hajj ayat 77.Oleh kerana itu, kita harus lebih berhati-hati. Adapun surah Sad ayat 24 tidak termasuk ayat sajdah melainkan ayat syukur. Oleh kerana itu, ketika dibaca ayat ini, dianjurkan untuk melakukan sujud syukur hanya di luar solat.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=