RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

122 Apabila ragu dalam meninggalkan salah satu sunah ab’adh, disunahkan melakukan sujud sahwi. 2) Ragu tentang jumlah rakaat yang telah dikerjakannya, misalnya ragu-ragu apakah rakaat yang dilakukannya itu empat atau tiga rakaat. Jika demikian, dia harus menggunakan hal yang pasti, iaitu yang sedikit, lalu menambahkannya satu rakaat lagi, kemudian melakukan sujud sahwi sebelum salam. 3) Melakukan sesuatu perbuatan yang tidak sampai membatalkan solat dalam keadaan lupa, tetapi membatalkan solat jika dikerjakan dengan sengaja. Contoh perbuatan tersebut adalah a) Menambah rakaat solat. b) Berkata-kata walau sedikit. c) Makan atau minum walau sedikit. d) Menambah rukun fi’li (seperti rukuk atau sujud). e) Memanjangkan rukun yang seharusnya pendek (seperti iktidal dan duduk antara dua sujud). Apabila seseorang ragu dalam mengerjakan hal-hal seperti di atas, tidak disunahkan sujud sahwi kerana asalnya dianggap tidak mengerjakannya. Apabila seseorang mengerjakan sesuatu perbuatan yang dapat membatalkan solat, baik dalam keadaan lupa mahupun sengaja, seperti berkata-kata, bergerak yang banyak, hal itu tidak dapat ditutup dengan sujud sahwi kerana perbuatan tersebut dapat membatalkan solatnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=