RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
121 di dalam solat, baik sengaja mahupun tidak sengaja (lupa). Sujud ini dilakukan sebanyak dua kali sesudah selesai membaca tasyahud akhir dan sebelum salam dengan syarat dan doa tertentu. Setelah sujud sahwi langsung memberi salam tanpa membaca apa pun. Sujud sahwi bertujuan untuk menyempurnakan rukun atau mengganti rukun yang terlupa. Hukum sujud sahwi adalah sunah muakkad bagi imam dan munfarid, sedangkan bagi makmum hukumnya wajib apabila imamnya bersujud. Pada sujud hendaklah kita membaca و ُ ه ْ س َ ي َ َ و ُ ام َ ن َ يـ َ ى ِ ذ َّ ال َ ان َ ح ْ ب ُ س Ertinya : “Maha Suci Allah SWT yang tidak pernah tidur dan lupa.” SEBAB-SEBAB SUJUD SAHWI 1) Meninggalkan salah satu sunah ab’adh meskipun secara sengaja. Maka kita tidak boleh kembali untuk melakukan sunah ab’adh setelah melakukan rukun berikutnya. Misalnya, seseorang tidak melakukan tasyahud awal, lalu dia teringat setelah berdiri. Orang tersebut tidak boleh kembali duduk untuk tasyahud awal dan tetap meneruskan solat itu sampai selesai, kemudian sebelum salam hendaklah dia melakukan sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiyam, dia diperbolehkan kembali duduk untuk melakukan tasyahud awal dan tidak perlu melakukan sujud sahwi.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=