RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
120 11) Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja, iaitu berhenti pada iktidal dan duduk di antara dua sujud dalam waktu yang lama. 12) Mendahului imamnya sampai dua rukun. 13) Murtad 14) Hal-hal yang membatalkan khuffain. 15) Ragu dalam niat atau salah satu syarat solat, seperti ragu dalam niat solat Asar atau Zohor. 16) Mengubah niat, contohnya ingin memutuskan solat atau mengubah niat menjadi solat yang lain. SUJUD Sujud merupakan salah satu rukun solat (selain solat Jenazah) dengan cara meletakkan tujuh anggota badan (muka, dua telapak tangan, dua lutut, dan dua hujung kaki) di atas lantai. Posisi tersebut menunjukkan sikap rendah diri di hadapan Allah SWT. Selain itu, sujud terbahagi menjadi 3, iaitu 1) Sujud Sahwi 2) Sujud Tilawah 3) Sujud Syukur SUJUD SAHWI Menurut bahasa, sahwi ertinya lupa akan sesuatu, sedangkan menurut istilah, sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan untuk menyempurnakan kekurangan yang terjadi
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=