RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

119 36) Bertumpu pada satu kaki / berdiri atas satu kaki 37) Tidak memakai kopiah. 38) Menggaru-garu badan sekali atau dua kali. 39) Menggerak-gerakkan telunjuk ketika tasyahud. 40) Memakai pakaian yang bergambar (gambar haiwan, manusia, dll.) PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT 1) Berhadas. 2) Terkena najis yang tidak dimaafkan kecuali segera dihilangkan. 3) Terbuka auratnya kecuali segera ditutup. 4) Berpaling dari kiblat meskipun hanya dadanya saja. 5) Berbicara dengan sengaja walaupun hanya se- patah kata. 6) Bergerak tiga kali berturut-turut selain gerakan solat, misalnya tiga kali menggaru atau tiga kali melangkah. 7) Makan dan minum dengan sengaja. 8) Tertawa sampai terbahak-bahak, menangis dan mengerang dengan keras. 9) Meninggalkan salah satu rukun solat atau memu- tuskannya sebelum sempurna dengan sengaja. Misalnya, melakukan iktidal sebelum sempurna rukuk. 10) Menambah rukun fi‘li dengan sengaja, misalnya rukuk dua kali atau solat Asar lima rakaat bukan kerana lupa dan sebagainya.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=