RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
11 KATA PENGANTAR Segala puji bagi Allah SWT yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam semesta dengan penuh hikmah. Selawat dan salam semoga selalu tercurah ke atas junjungan nabi besar kita Muhammad SAW yang diutus sebagai rahmat untuk alam semesta, beserta keluarga dan para sahabatnya. Ilmu Hal adalah sebuah ilmu yang menjelaskan tentang hal-hal yang harus diketahui oleh seluruh umat muslim yang berkaitan dengan akidah dan ibadah. Rasulullah SAW bersabda, “Menuntut ilmu hukumnya wajib bagi setiap muslim lelaki dan perempuan.” Sabda Rasulullah SAW ini menjelaskan bahawa ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang muslim adalah Ilmu Hal yang menjadi perantara untuk mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat. Oleh kerana itu, setiap muslim baik lelaki mahupun perempuan wajib mempelajari masalah- masalah agama Islam yang berhubungan dengan akidah dan ibadah. Sebelum mempelajari dan meyakini hal-hal yang sangat penting ini (Dharurat Ad-Diniyyah), seorang ْْ
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=