RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
115 tasyahud awal dan akhir serta mengangkat jari telunjuk tangan kanan ketika menyebut ( ُ الله َّ ِ ا ) sampai berdiri atau salam pertama. 19) Duduk iftirasy iaitu duduk di atas buku lali kiri serta telapak kaki kanan ditegakkan ketika tasyahud awal. 20) Duduk tawarruk iaitu duduk dengan kaki kiri melintang di bawah kaki kanan dan telapak kaki kanan ditegakkan ketika tasyahud akhir. 21) Duduk istirahat sesaat setelah sujud kedua sebelum berdiri. 22) Membaca do’a pada tasyahud akhir iaitu setelah membaca tasyahud dan selawat. 23) Membaca salam yang kedua. 24) Menoleh ke kanan pada saat salam pertama sampai pipi sebelah kanan terlihat dari belakang dan menoleh ke kiri pada saat salam kedua sampai pipi sebelah kiri terlihat dari belakang. 25) Ketika memberi salam, hendaklah diniatkan untuk memberi salam kepada orang yang ada di sebelah kanan dan kirinya, baik kepada manusia mahupun malaikat. Imam berniat memberi salam kepada makmum dan makmum berniat menjawab salam imam. 26) Khusyu’ dan tawadhu dalam solat, yakni meren- dahkan diri dan memerhatikan apa yang dibaca. 27) Sesudah solat selesai, disunahkan membaca zikir dan doa yang dianjurkan sambil duduk.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=