RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
114 dibaca pada rakaat kedua. Hendaklah jua surah atau ayat yang dibaca berurutan sebagaimana urutan di dalam al-Qur’an. 9) Menyaringkan bacaan surah al-Fatihah dan ayat al-Qur’an pada rakaat pertama dan kedua serta takbir intiqal pada solat Subuh, Magrib dan Isyak, kecuali makmum. Begitu juga dibaca dengan suara nyaring pada waktu solat Jumaat, Hari Raya, Terawih, dan Witir pada bulan Ramadan. 10) Membaca surah al-Fatihah dan ayat al-Quran dengan suara perlahan pada solat-solat yang lain. 11) Membaca takbir ketika berpindah dari satu rukun ke rukun yang lain. 12) Membaca ) ُ ه َ د ِ َ ح ْ ن َ م ِ ل ُ ا لله َ ع ِ َ (س ketika bangun dari rukuk dan membaca ( ُ د ْ م َ ْ ا َ ك َ ا ل َ ن ّ بـ َ ر ) pada saat iktidal. 13) Membaca tasbih sebanyak 3 kali ketika rukuk dan sujud. 14) Ketika rukuk meratakan kepala, tulang belakang dan tengkok sambil memandang jari-jari kaki. 15) Meletakkan dua telapak tangan sambil mereng- gangkannya di atas lutut ketika rukuk. 16) Ketika sujud meletakkan kedua tangan sejajar bahu sambil merapatkan jari-jari. 17) Membaca doa ketika duduk di antara dua sujud. 18) Meletakkan kedua telapak tangan di atas peha sambil merenggangkan jari tangan kiri dan mengepalkan jari-jari tangan kanan selain jari telunjuk ketika duduk
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=