RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
112 13) Duduk pada tasyahud akhir 14) Membaca doa tasyahud akhir 15) Membaca selawat pada tasyahud akhir 16) Membaca salam yang pertama 17) Berniat keluar dari solat 18) Tertib SUNAH SOLAT Sunah-sunah yang dilakukan sebelum memasuki solat ada dua, iaitu 1) Azan 2) Iqamah Sunahsunah solat yang dilakukan sesudah memasuki solat terbahagi menjadi dua bahagian, iaitu sunah ab‘adh dan sunah hai’at. 1) Sunah ab‘adh adalah sunah yang apabila lupa dikerjakan, dapat diganti dengan sujud sahwi. 2) Sunah hai’at adalah sunah yang apabila lupa dikerjakan, tidak perlu diganti dengan sujud sahwi. Bahkan, batal solatnya apabila sujud sahwi dikerjakan dengan sengaja kerana meninggalkan sunah hai’at. SUNAH AB’ADH 1) Membaca tasyahud awal beserta duduknya. 2) Membaca selawat nabi pada tasyahud awal beserta duduknya. 3) Membaca selawat atas keluarga nabi pada tasyahud akhir beserta duduknya.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=