RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
105 JENIS-JENIS AIR Air yang dapat diguna untuk bersuci adalah air yang bersih (suci dan menyucikan), iaitu air yang turun dari langit atau keluar dari bumi yang belum diguna untuk bersuci. Air yang suci dan menyucikan adalah 1) Air hujan 2) Air telaga 3) Air laut 4) Air sungai 5) Air salji 6) Air yang bersumber dari mata air 7) Air embun PEMBAHAGIAN AIR 1) Air mutlak adalah air suci dan menyucikan atau air yang masih murni, yakni air yang dapat digunakan untuk bersuci dan tidak makruh. 2) Air musyammas adalah air suci dan dapat menyucikan, tetapi makruh digunakan, iaitu air yang dipanaskan dengan matahari di dalam bekas yang bukan terbuat dari emas atau perak. 3) Air musta‘mal adalah air suci yang tidak dapat menyucikan, iaitu air suci yang jumlahnya kurang dari dua kulah dan telah digunakan untuk bersuci walaupun tidak berubah warnanya, rasanya, dan baunya.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=