RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
103 DARAH PEREMPUAN Darah perempuan terbahagi menjadi 3 jenis, iaitu darah haid, nifas dan istihadah. 1. HAID Darah haid adalah darah yang keluar dari rahim perempuan yang akil baligh selain sebab penyakit atau melahirkan. Adapun masa keluarnya darah haid ialah minimum sehari semalam (24 jam) dan maksimum 15 hari, tetapi umumnya adalah 6 atau 7 hari. Jika lebih dari 15 hari, darah yang keluar disebut sebagai istihadah. Paling sedikit masa suci antara dua haid adalah 15 hari, sedangkan paling banyak masa suci itu tidak ada batasnya. Darah haid keluar dari seorang perempuan yang umurnya paling kecil 9 tahun. Ketika darah keluar dari seorang perempuan yang telah baligh (meskipun sedang hamil), perempuan tersebut harus menjauhi hal-hal yang dilarang bagi orang haid dan nifas. Jika darah berhenti sebelum satu hari penuh, perempuan tersebut harus mengqadha solat yang ditinggalkannya. 2. NIFAS Darah nifas adalah darah yang keluar dari rahim perempuan setelah melahirkan. Darah nifas ini merupakan sisa darah yang tertahan di dalam rahim sewaktu hamil. Apabila seorang perempuan telah melahirkan kandungannya, darah tersebut keluar sedikit demi sedikit.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=